Latar belakang
Nama :Najib bin Othman
Umur:18 tahun
Ahli: 2017
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Najib merupakan seorang pelajar kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran. Najib merupakan seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Jeneri.Najib berasa takut untuk menggunakan komputer kerana berasa bimbang akan dirosakkan memandangkan harga sebuah komputer yang mahal.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah dipujuk berkali-kali untuk menggunakan komputer, Najib kini berasa selesa dan menunjukkan minat untuk menggunakannya. Bermula dengan aplikasi mewarna secara atas talian, kini beliau mempunyai akaun gmail yang sendiri dan mahir menonton youtube dan melakukan carian di pelayar Internet.