Tarikh | : 01 / 11 / 2019 |
Masa | : 8.00 pagi – 01.00 petang |
Lokasi | : Padang Futsal Kg Baru Kura |
Peserta |
: 50 orang |
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk tidak menyebarkan maklumat palsu melalui sebarang jenis medium. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan penyebaran maklumat palsu.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet dalam komuniti setempat disamping Program Dashboard Komuniti.
Petugas memberi taklimat KDB berkaitan aduan dan maklumat palsu dan Buli Cyber. Petugas juga memberi penerangan tentang akta kesalahan jenayah online supaya komuniti setempat lebih memahami penerangan yang disampaikan. Pemeriksaan kesihatan juga dijalankan bagi komuniti setempat.
_________________________________________________________________________________________________