USAHAWAN KAMARULZAMAN BIN AHMAD
Nama:Kamarulzaman Bin Ahmad
Umur:34 tahun
Ahli: 2016
Latar belakang
Encik Kamarulzaman merupakan sorang pengusaha kedai makanan ayahnya yang bertempat di Gurun, Kedah.Kedai makan ini hanya tertumpu pada masyarakat setempat serta rakan-rakan sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2500 sahaja sebulan. Perniagaannya hanya tertumpu di kawasan setempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah beliau menghadiri kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI RTP Padang Besar, beliau memiliki laman Facebook yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau. Hasilnya, beliau kini memperoleh pendapatan sebanyak RM 5000 sebulan.




