Karnival SMK Jeneri 39 tahun ini telah diraikan pada 20/10/2016 dan dirasmikan oleh Dato Khizri Bin Abu Kassim Pengerusi Eksekutif kumpulan Lumiere. Beliau telah dijemput untuk menjadi perasmi majlis dan tetamu VVIP kerana kejayaan luar biasa beliau boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anak muda kampung untuk berjaya.
Pelbagai agensi kerajaan telah membuat pameran termasuk Pusat Internet 1 Malaysia Cluster Sik. Sebagai agensi kerajaan yang paling hampir dengan sekolah tersebut, PI1M telah menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat merapatkan jurang ICT di kalangan penduduk yang hadir.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah cabutan bertuah, kuiz dashboard, pendaftran ahli PI1M dan pameran mengenai aktiviti dan program semasa yang dilakukan oleh petugas PI1M




