Tarikh: 18/11/2017 Masa: 10.00pg-12.00tgh Lokasi : PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta :60 peserta |
Tujuan
Memperkenalkan PI1M Dashboard kepada komuniti Kg RTP Padang Besar serta kebaikkannya kepada masyarakat.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan pada menfokuskan tentang aplikasi Dashboard yang merupakan platform terbaru untuk para pengunjung PI1M boleh mendapatkan maklumat tentang komuniti sekitar. Selain itu, para pengunjung juga boleh menggunakan aplikasi ini membuat pemeriksaan kesihatan percuma dan ianya tertumpu kepada pemeriksaan bacaan tekanan darah tinggi. Disamping itu, mereka juga boleh menyertai kuiz interaktif berdasarkan aplikasi ini yang disediakan sesuai untuk para pengunjung yang ingin memenangi beberapa jenis hadiah.