Kamarul Zharfan merupakan seorang lepasan graduan INSPEN dan telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Setelah setahun bekerja di Australia, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan tekad untuk mencari pekerjaan di Kedah. Setelah beliau menghadapi kesukaran untuk mencari kerja, akhirnya beliau menjalankan pernigaan kecil-kecilan sebagai surprise delivery dan bouquet untuk pelbagai jenis majlis keraian. Sebelum diperkenalkan ICT, beliau tidak didedahkan dengan cara untuk memasarkan perniagaannya menggunakan jalur lebar dan hanya tertumpu kepada kawasan sekitar sahaja. Setelah menggunakan internet sebagai medium perniagaan, jualan beliau meningkat hamper 3 kali ganda dan pernah mencapai keuntungan sebanyak RM 1000 dalam masa sehari sahaja.