Tarikh: 18/12/2017 Masa: 10.00pg-12.00tgh Lokasi : PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta :9 peserta |
Tujuan
Kelas latihan keusahawanan ini disediakan untuk para wanita yang terdiri daripada surirumah yang ingin menambah pendapatan. Pelbagai teknik kemahiran asas untuk menjadi usahawan diajar kepada mereka.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri 9 orang wanita yang tinggal berhampiran PI1M RTP Padang Besar. Para peserta diajar asas komputer terlebih dahulu sebelum diajar tentang asas keusahawanan. Selain itu, peserta juga diajar tentang platform laman sosial untuk memasarkan produk atau menjana pendapatan melaluinya. Di samping itu, peserta turut didedahkan tentang taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang merupakan asas paling penting untuk emmeastikan mereka selamat menggunakan laman sosial.