Tarikh: 19/1/2018 Masa: 9.00pg-4.00ptg Lokasi : PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta : 70 peserta |
Tujuan
Program Bakti Siswa bersama pelajar jurusan perubatan USM dan Kg RTP Padang Besar telah diadakan selama 4 hari dan 3 malam. 70 orang pelajar tersebut diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.
Aktiviti
Pelajar bersama keluarga angkat melakukan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, gotong royong membersihkan kawasan kampung dan Pusat Internet 1 Malaysia RTP Padang Besar, sukaneka,program motivasi di SK Padang Chicar dan memasak bersama keluarga angkat. Pelajar didedahkan dengan realiti kehidupan di kampung, dan membina ukhwah dan kasih sayang sesama masyarakat.