Tarikh: 26/1/2018 Masa: 10.00pg-3.00ptg Lokasi : PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta : 5 peserta |
Tujuan
Kelas ini disertai 5 orang peserta dan terdiri daripada belia Kampung RTP Padang Besar dan Kampung Kura. Peserta diberi taklimat tentang konsep e-Rezeki dan fungsinya dalam masyarakat. Mereka diberi taklimat agar memahami e-Rezeki dan cara untuk menambah pendapatan melalui platform ini.
Aktiviti
Setelah diberi taklimat, mereka dikehendaki mempunyai email dahulu sebelum mendaftar dengan laman web e-Rezeki. Setelah mendaftar,mereka diberi beberapa skop keja kesesuaian dengan kemahiran mereka. Selain itu, mereka juga diberi beberapa contoh tentang agensi pekerjaan dan cara mendaftar dengan syarikat mereka untuk mendapatkan pekerjaan.