Tarikh: 18/2/2018 Masa: 9.00pg-12.00tgh Lokasi : PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta : 10peserta |
Tujuan
Klik dengan bijak(KDB) adalah salah satu kelas yang mendapat sambutan daripada masyarakat sekeliling. Ini kerana cara yang digunakan lebih mudah difahami dan para peserta juga didedahkan dengan bahaya jenayah di alam siber.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat tentang KDB supaya mereka lebih memahami tentang pengisian yang ini disampaikan dalam kelas ini. Selain itu, mereka diberi pendedahan tentang aktiviti jenayah siber yang seringkali berlaku di dalam masyarakat kita. Ini penting untuk mereka fahami supaya tidak menjadi mangsa. KDB adalah salah satu cara untuk menghindarkan daripada terlibat dengan jenyah siber.