Tarikh:22/6/2018 Masa: 9.00pg-11.00pg Lokasi :PI RTP Padang Besar, Sik, Kedah. |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu para pelajar yang kurang mahir dalam bidang komputer. Mereka diajar asas komputer yang penting agar mereka boleh mengendalikan komputer tanpa mengharapkan bantuan petugas atau orang lain.
Aktiviti
Mereka diajar cara menggunakan komputer yang betul.Para petugas akan memberikan latihan agar mereka lebih faham tentang cara penggunaan komputer. Selain itu, mereka juga diajar tentang buli siber yang semakin berleluasa di negara kita. Mereka diberi pendedahan awal agar tidak terlibat dengan gejala tidak sihat ini.