Tarikh:30/6/2018 Masa: 2.00pg-5.00pg Lokasi :PIRTP Padang Besar, Sik, Kedah. |
Tujuan
Kelas ini membantu para pelajar untuk belajar asas komputer yang penting. Seramai 5 orang peserta telah menyertai kelas ini dan kesemuanya pelajar perempuan berumur antara 14-17 tahun.
Aktiviti
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah mereka diberi taklimat tentang kepentingan komputer. Setelah itu mereka diberi tugasan menaip yang membantu supaya menaip dengan pantas dan menyelesaikan tugasan dengan mudah. Selain itu, mereka turut diajar untuk mencipta email dan digunakan untuk menghantar tugasan berkaitan sekoalh kepada guru mereka.