Tarikh:4/8/2018 Masa: 3.00ptg-5.00ptg Lokasi :PI RTP Padang Besar, Sik Kedah |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan membantu para belia kampung untuk belajar membuat resume secara digital dan menarik.
Aktiviti
Mereka diajar secara percuma untuk belajar membuat resume yang menarik dan kemas. Mereka ialah para belia yang tinggal di sekitar PI RTP Padang Besar dan telah menamatkan zaman persekolahan. Para petugas bergilir-gilir membuat kelas untuk membantu mereka agar mahir dalam dunia ICT dan mampu bersaing dengan para pelajar dari bandar dalam dunia IT. Selain itu, mereka turut diberi diajar untuk memohon pelbagai bidang pekerjaan melalui internet.