Tarikh: 9/2/2018 Masa: 2.00ptg-4.00ptg Lokasi : PI1M RTP Padang Besar, Sik, Kedah. Peserta : 15 peserta |
Tujuan
Kelas Zoom A diadakan bertujuan untuk membiasakan pelajar menjawab soalan peperiksaan UPSR di atas talian.
Aktiviti
Pelajar Tahun 6 2018 menyertai kelas Zoom A setiap hari jumaat dan sabtu untuk mengulangkaji pelajaran.Sistem ini berdasarkan soalan-soalan UPSR yang lepas. Para pelajar berpeluang menjawab semua soalan ini dan mereka dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, sistem ini juga mengajar para pelajar untuk menggunakan internet dengan cara yang betul. Di samping itu, mereka boleh belajar cara kemahiran komputer ketika menghadiri kelas ini. Ini merupakan insentif untuk memajukan anak tempatan antara pihak sekolah dan PI1M.