mcmc
Pendidikan

Kisah Celik IT – Farzana binti Shahril Nizam

Latar belakang

Nama : Farzana binti Shahril Nizam

Umur:11 tahun

Ahli: 2019

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Farzana merupakan seorang pelajar darjah 5 di SK Jeneri. Farzana lemah dalam penggunaan internet dan memerlukan pantauan daripada petugas PI RTP Padang Besar. Farzana juga merupakan golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah terlibat dengan kelas komputer dan Program Klik Dengan Bijak di Pusat Internet RTP Padang Besar, Farzana kini lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menggunakan internet supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Selain itu, Farzana kini lebih cekap menggunakan Microsoft Office Word untuk menghasilkan kerja kursus yang telah diberikan oleh gurunya.