mcmc
Pendidikan

Kisah Celik IT – Najib bin Othman

Latar belakang

Nama :Najib bin Othman

Umur:18 tahun

Ahli: 2017

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Najib merupakan seorang pelajar kurang upaya (OKU)  yang mempunyai masalah pembelajaran. Najib merupakan seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Jeneri.Najib berasa takut untuk menggunakan komputer kerana berasa bimbang akan dirosakkan memandangkan harga sebuah komputer yang mahal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah dipujuk berkali-kali untuk menggunakan komputer, Najib kini berasa selesa dan menunjukkan minat untuk menggunakannya. Bermula dengan aplikasi mewarna secara atas talian, kini beliau mempunyai akaun gmail yang sendiri dan mahir menonton youtube dan melakukan carian di pelayar Internet.