mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Bulan September 2017

USAHAWAN MUHAMMAD FARIS BIN MD RASHID @ YUSOFF

Nama:MUHAMMAD FARIS BIN MD RASHID @ YUSOFF

Umur:22 tahun

Ahli: 2017

Latar belakang

Faris merupakan seorang belia yang aktif dalam pembikinan video. Beliau juga banyak terlibat dan memenangi pelbagai anugerah ketika menyertai pertandingan video anjuran SKMM, AADK,Media Prima dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum diperkenalkan ICT, beliau tidak dapat mempelajari teknik penghasilan video serta tidak mendapat maklumat mengenai pertandingan video. Selain dari itu, beliau juga tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam penggunaan Sony Vegas Pro.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PI1M telah membimbing Faris untuk mengedit video beliau dan mempelajari teknik asas dalam pengeditan video. Baru-baru ini, beliau juga turut memasuki pertandingan penghasilan video Provim anjuran Media Prima yang bertajuk “Sajak Pahlawan & Negara”.