Farah Wahida bt Md Rashid@Yusoff merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Beliau merupakan seorang surirumah namun tidak menghalang beliau untuk turut mencari nafkah bagi menolong suaminya. Beliau merupakan seorang wanita yang rajin dan tidak mudah menyerah kalah. Beliau menjalankan perniagaan penghantaran nasi hujan panas di sekitar Sik dan tempahan makanan untuk keramaian. Selain itu, beliau juga aktif menjalankan perniagaan Coway sehingga pendapatannya mencecah ke puluhan ribu ringgit.