mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan Q1 2018

USAHAWAN NOR AFZAN 

Nama: Nor Afzan Binti Mohd Rukun

Umur:30 tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Puan Afzan merupakan seorang surirumah yang tekad untuk membantu suaminya bagi meningkatkan ekonomi keluarganya. Puan Afzan telah mencipta produk minyak rambut berubat turun temurun dari keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani kursus keusahawanan di PI1M RTP Padang Besar, beliau sukar untuk mempromosikan produk beliau kerana kekangan masa dan keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia RTP Padang Besar,Puan Afzan belajar untuk mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp untuk memperkenalkan produk beliau ke seluruh negara. Produk Puan Afzan kini mendapat pasaran yang hangat bukan sahaja di Kedah, malah di seluruh Malaysia.