USAHAWAN MUHAMMAD NIZAR BIN MOHD NASIR
Nama:Muhammad Nizar Bin Mohd Nasir
Umur:31 tahun
Ahli: 2018
Latar belakang
Nizar cuma lepasan SPM tetapi oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan disamping dapat menjana pendapatan keluarga. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam whatssup dan facebook
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet RTP Padang Besar, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan jualan beliau kurang mendapat sambutan dan hanya bergantung julan di gerai semata-mata.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet RTP Padang Besar, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassup dan sebagainya. Jualan beliau mula mendapat sambutan dan tempahan daripada setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, wassap dan sebagainya. Tempahan untuk majlis keramaian semakin meningkat.
