USAHAWAN FAIZAH BT IBRAHIM
Nama:Faizah Bt Ibrahim
Umur:30 tahun
Ahli: 2019
Latar belakang
Usahawan yang menawarkan perkhidmatan pelamin bajet terkini dengan harga yang sangat berpatutan, jurumekap serta perkhidmatan gubahan bunga untuk insan teristimewa. Pada peringkat awal, beliau berhenti kerja dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kerana ingin membantu suami, Faizah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya RM 500 sahaja sebulan. Perniagaannya hanya tertumpu di kawasan kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau menghadiri kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI RTP Padang Besar, beliau memiliki laman Facebook yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau. Hasilnya, beliau kini memperoleh pendapatan sebanyak RM 3000 sebulan dan mempunyai sebuah kedai di Kg Masjid Jeneri.


