mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 Mac 2019 – Puan Norain Bt Mohd Jani

USAHAWAN NORAIN BT MOHD JANI

Nama:Norain Bt Mohd Jani

Umur:31 tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Norain merupakan seorang jururawat yang berkhidmat di Hospital Sik. Beliau juga merupakan seorang usahawan kecil-kecilan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Beliau menawarkan perkhidmatan mencetak barangan cenderahati seperti keychain, magnet peti ais, jam dinding, frame, sticker dan lain-lain lagi mengikut gambar yang diminta oleh pelanggan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya RM 500 sahaja sebulan. Perniagaannya hanya tertumpu di kawasan kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menghadiri kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI RTP Padang Besar, beliau memiliki laman Facebook untuk mempromosikan pernigaan percetakkan beliau. Kini beliau boleh menarik nafas lega kerana pendapatan hasil perniagaannya menjangkau sehingga RM 3000 sebulan melebihi pendapatannya bekerja sebagai jururawat.