mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2019

CELIK IT- Thidaphorn a/p Ai Pet

NAMA :Thidaphorn A/P Ai Pet
UMUR : 12 Tahun
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Thidaphorn merupakan seorang pelajar Sek. Keb. Pdg Chichar yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Thidaphorn merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik dan bapa beliau merupakan seorang penoreh getah. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet sekiranya ada masa terluang ataupun ketika cuti semester. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office dan multimedia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Thidaphorn merupakan seorang pelajar darjah 6 yang perlu menyiapkan kerja kursus serta harus mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah terlibat dengan kelas komputer dan Program Klik Dengan Bijak di Pusat Internet RTP Padang Besar, Thidaphorn kini lebih cekap menggunakan Microsoft Office Word dan Excel. Selain itu, Thidaphorn banyak mengulangkaji pelajaran menggunakan aplikasi yang terdapat di internet serta dapat memuat turun soalan-soalan peperiksaan yang lepas.