mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan PI1M RTP Padang Besar

 En Mohd Amin telah berkecimpung dalam bidang pertanian sejak 4 tahun yang lalu. Beliau telah mengusahakan beberapa ekar tanah untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Beliau juga merupakan salah seorang usahawan yang berjaya dan disegani ramai. Walaupun beliau agak berjaya di kampungnya, beliau ingin mencuba medium laman sosial contohnya facebook sebagai salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.  En Mohd Amin telah mengambil peluang menghadiri kelas yang dianjurkan oleh petugas PI1M RTP Padang Besar. Selain dapat menambah ilmu pengetahuan, En Amin telah berjaya memasarkan hasil taninya dia laman sosial facebook. Ini merupakan satu kejayaan yang diraih oleh petugas PI1M selaku tenaga pengajar kepada En Mohd Amin.