mcmc
Makanan

Makanan

Keunikan juadah di Kedah

  •  Gulai Kawah Umbut Batang Pisang

Mayarakat Kedah turut mempunyai beberapa juadah kegemaran yang diwarisi turun temurun dan tidak terdapat atau sukar diperolehi dalam masyarakat Melayu lain. Di antaranya ialah gulai daging lembu atau kambing bersama umbut batang pisang yang paling dalam yang biasanya dimasak untuk hidangan kenduri. Gulai yang dimasak dalam kawah besar ini mempunyai aroma yang sangat menyelerakan dan enak dimakan semasa masih panas. Resepi pelbagai masakan kenduri ini diwarisi secara turun temurun. Juadah ini sangat popular dan merupakan juadah utama ketika majlis kenduri kahwin kampung2 di kedah.

 

  • Bihun Sup Utara

BIHUN sup utara dihasilkan menggunakan rempah sup asli dan tulang yang segar. Sajian yang terkenal di utara tanah air ini sesuai dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Untuk melengkapkan keunikan rasa sajian ini, hidangkan bersama sambal merah dan taburkan lobak masin. Antara kedai makan bihun paling popular di kedah Bihun Sup Puaka di Merbok dan Bihun sup Along di Pekan Tikam Batu.

 

  • Laksa Kedah

Laksa Kedah antara salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Kuah Laksa asam pedas yang menggunakan ikan segar akan menambah lagi kesedapan kuah tersebut. Laksa kedah sedap dimakan bersama otak udang dan kemanisan kuah laksa akan  dapat dirasai. kedai laksa yang terkenal di kedah dan sentiasa memberikan kepuasan kepada pelanggan adalah Kedai Maksu Laksa Dapur Arang di Gurun,Kedah.