
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) RTP Padang Besar ingin mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada para pengguna yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Jangan lupa like kami di
![]()
Kemudahan akses internet secara kolektif
Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar / luar bandar
Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
