mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

Ladang Anggor

LADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.

Hutan Lipur Lata Mengkuang

Berasaskan elemen semulajadi yang menarik dan kemudahan yang disediakan, hutan lipur ini amat sesuai untuk aktiviti perkelahan, perkhemahan dan jungle treking. Hutan Lipur Lata Mengkuang merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di hujung minggu dan cuti awam. Ia terletak 95 km dari Alor Star dan 11 km dari Pekan Sik melalui Jalan Sik – Weng.

Hutan Rekreasi Rimba Taqwa

Rimba Perangin atau dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan nama Rimba Taqwa merupakan kawasan pelancongan utama di Daerah Sik, Kedah. Rimba Taqwa yang terletak di Hutan Simpan Bukit Enggang merupakan taman terawal dibangunkan di Negeri Kedah yang memiliki pelbagai khazanan alam semula jadi seperti hutan asli, air terjun, kejernihan air sungan dan panorama menarik yang sesuai untuk aktiviti riadah dan perkenalan.Selain itu, lokasinya hanya kira-kira tiga kilometer dari Pekan Sik merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung ke sana. Terletak kira-kira 11 kilometer dari Kg Sungai Senang, kawasan itu mula dibangunkan pada tahun 1967 dan dikawal selia oleh Pejabat Daerah Sik.