Tarikh: 18/3/2018 Masa: 8.00pg-5.00ptg Lokasi : Delima Supermart, Sik , Kedah |
Tujuan
Program ini dijalankan sempena expo muafakat sik dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Yab Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah. Petugas PI1M Kluster Sik telah turut mengadakan pameran dan pertandingan untuk memeriahkan lagi program tersebut.
Aktiviti
Program ini dimulai dengan pelancaran majlis oleh Menteri Besar Negeri Kedah Yab Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah. Seterusnya, pengunjung menyertai pertandingan kuiz yang disediakan. Hadiah menarik juga menanti para pengunjung. Selain itu, para pengunjung turut diedarkan risalah tentang PI1M agar mereka lebih terbuka tentang kegunaan PI1M.