mcmc
Sejarah

Sejarah

SEJARAH

SEJARAH   

Kampung RTP Padang Besar pada awalnya dibuka pada tahun 1959, selepas pembukaan tanah Rancangan Lubuk Merbau. Setelah kerja-kerja penerokaan dilakukan, kawasan yang pada mulanya dipenuhi hutan belukar telah menjadi kawasan padang yang luas dan besar. Oleh kerana itu, kawasan ini dinamakan sebagai “Padang Besar”. Keluasannya dipecahkan kepada 98 lot yang beukuran lebih kurang 6 ekar setiap satu lot. Kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab iaitu RISDA telah menanam pokok getah di kawasan tersebut.

Penduduk yang meneroka kawasan ini telah membina rumah-rumah dengan menggunakan pokok-pokok kayu untuk dibuat tiang dan menggunakan buluh untuk membuat dinding dan lantai. Pihak kerajaan juga membina jalanraya yang menguhubungkan Gajah Puteh dan Lubuk Merbau. Pada tahun 1963, tempat ini telah dibuka dengan rasminya dengan nama Rancangan Tanah Pinggir (RTP) Padang Besar.

 

sik

 

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab “Syed”. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan “Sik” berasal dari “Syed” atau “Sheikh” dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi “Sik”. Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong. 

Sik merupakan sebuah daerah yang terletak dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Keluasan daerah Sik ialah 1635 km persegi, iaitu 17.35% dari keluasan Negeri Kedah. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam negeri Kedah.

      Ia bersempadan dengan daerah Padang Terap di sebelah barat laut, negara Thailand di sebelah utara, daerah Baling di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat daya dan daerah Pendang di sebelah barat. Kini daerah Sik ditadbir oleh Majlis Daerah Sik.

     RTP Padang besar terletak dalam daerah Sik dan mempunyai pelbagai kaum dan dialek bahasa yang digunakan juga berbeza. Sik merupakan satu daerah yang mempunyai pusat peranginan dan perniagaan yang agak terkenal sekitar negeri kedah.